MEMORIES :D

Assalamualaikum ! huhuhu ~ harini last school day for 2013 ~ sedehh wo . tahun ni aku rasa antara tahun yang paling bermakna buat aku . tahun ni aku makin rapat dengan kawan sekelas , terutamanya CF ! 
sekejap je rasanya masa berlalu :) sbb itu aku cuba untuk kenang dan hargai setiap masa yg aku ada . terasa happy je bila ada kawan kat sekeliling aku . semua masalah yang ada aku tolak ketepi sbb dorang :)

sepanjang minggu ni tak belajar >.< yelahhh . exam dah habis . heheh . cikgu memang tak masuk kelas pun sebenarnya . kalau cikgu takde ke cikgu suruh buat kerja sniri kiteorang masing2 keluarkan permainan , novel and macam2 lagi lah . hahah >.< aku keluarkan kad UNO and jutaria . hahah . dorang dokk sibuk main speed guna kad uno , yang aku tengokkan je laa *tak pandai main sebenarnya* 

hari rabu haritu , macam biasa , semua dok main je aku masatu tidur sbb tak cukup tidur , kelas punyalah bising macam pasar . tuptup, tetiba ada orang ckp ada spotcheck ! hah ! ambek kau ! satu kelas macam orang gila . aku yg baru bangun tido dah gelabah , mana nak simpan uno , jutaria aku . kalau kena rampas mati aku , budak cina lagilah teruk . masing2 bising2 pastu tak reti duduk diam . hahah . kalau korang tengok , korang mesti gelak gile2 . hahaha . punya lah suspen , rupanya diorang buat spotcheck dkt kelas bumi n budak kelas atas je , sbb ada f1 bagitahu dkt ketua pengawas yg baru tu :3 hahah . buat penat je kiteorang menggelabah macam orang gila . sejak haritu aku dah insaf dah , tak bawak mainan . hahah

khamis pulak aku tak datang sekolah , sbb ambikkan result adik aku , ofal .
alhamdulillah lah , dia dapat 5A . heheh , congrats budak :3

and harini , a.k.a jumaat a.k.a 15 haribulan 11 merupakan hari terakhir persekolahan . :/ rasa sedeh bila kena tinggal kan kelas yang dah setahun aku duduk . lepas ni dah takde kipas siput , bilik meeting , and mcm2 lagi ~ :/ huhuh . harini afiqah tak datang , sbb dia pergi konvo abang dia , :) 

pagi datang sekolah dgn semangat yang membara . cehh . budak2 suruh tengok bawah meja , bila aku tengok , ada keychain n surat . awww . comel gilaa keychain tu . thanks awak yang bagi tu ! heheheh . pagi2 takde pape aktiviti ~ aku baca novel je~ suwweet gila citer tuh >.< rehat tu pun aku duduk dalam kelas je . pastu lepas rehat cikgu shariza masuk . nak bagi kertas exam and buat PBS band 6 . masa dapat tu berdebar gilaa ! bila dapat , markahnya 79 ! aku macam kecewa gila . tapi bila tanya balik , cikgu kata cikgu bagi aku 1 markah , so bm aku 80 ! yeayyyy ! sayannnggg cikgu ! hehe . terasa spesel laa bila cikgu bagi 1 markah . hahah >.<

lepas dah cakap2 dengan cikgu and ucap selamat bercuti , kiteorang sambung main . hahah . tapi sbb aku dah tak bawak uno , kiteorang reka mainan sendiri . punyalah jalan2 satu kelas pastu tetiba dudu cakap ada spotcheck lagi ! aku macam : * aku terbawak novel ! matilah aku ! macam mana ni ?! * . pastu dah gerak nak ambik novel ni , dudu boleh cakap gurau je laaa . aku ngan syada apa lagi ~ belasah dudu si kepala kotak (citer boboiboy) beramai2 . kiteorang buli dia habis-habisan . hahah , padan muka kau dudu ! puas hati aku ! *ketawa jahat* lepas tu aku n echa nak main bola tampar kononnya , tapi takde bola . si syahadah boleh pulak koyakkn buku dia yang ada kat atas meja . haha , selamba pulak tuh . hahah .pastu kiteorang pergi BILIK MEETING kiteorang sbb nak main kat situ . kat kelas sempit . 

tengah main ni , tetiba nur dengan shae masuk dengan bwak beg sekali , diorang masuk nak mintk maaf kat kiteorang semua . nur masuk terus salam dengan aku , pastu mintak maaf :') awhhhh . sedehh gileee . pastu dia peluk aku . shae lepas dia salam n peluk orang lain , dia pergi kat aku n mintk maaf , pastu dia peluk aku , laamaaa . :) series , sebak gila kat hati ni . lepas tu dua2 peluk aku , nur kata " sayang kau ketat-2 " memang ketat dia peluk aku :') series , sedeh . pastu dah peluk2 diorang pun balik . syahadah yg brutal tu pun boleh nangis tau . aku tahan je air mata ni dari jatuh . aku taknak bersedih masa hari last , aku tak sanggup . 

lepas tu , budak2 asrama pulak salam-salam dengan kiteorang , tapi aku tak salam dengan dudu sbb aku merajuk dengan dia , boleh pulak dia baling bola kat aku . hahah . aku bengang ngan dia , aku buat2 merajuk ngan dia , hahah. padan muka kau du ! :P ok . lepastu aku salam ngan ecah , syahadah , hp n nuraini then tunggu van . 

masa nak balik aku asyik ingat kat kawan2 aku je :) rinduu merekaaa !

p/s : to AFIQAH , AISHAH , NUR , SHAE , SYAHADAH , DUDU , FARAH , HP , NURAINI , SYAZA and many more , thanks for being my friend for these whole year :) aku bersyukur sbb ada kawan macam korang :D good luck and all the best ! hope tahun depan kita semua sekelas lagi ! :D 




jihannizam's

Comments